Selasa, 23 Julai 2013

PERKHIDMATAN BEKAM SUNNAH



Menyediakan perkhidmatan bekam sunnah kepada lelaki sahaja. Kawasan operasi ialah sekitar Putrajaya. Kadar upah yang berpatutan.
Hanya RM10 untuk satu cup.


Kaedah Rawatan:

1). Rukyah Ayat Al-Quran dan Selawat serta urutan ringan dengan minyak Zaitun.
2). Air Rukyah untuk diminum.
3). Bekam Angin.
4). Bekam darah
5). Ijazah Zikir Penjagaan Diri dan Keluarga dan Selawat bagi mendapat kekuatan rohani bagi yang   sakit.


Rabu, 17 Julai 2013

SANAD SELAWAT KAMILAH



سند صلوات  تازية / نارية / كاملة
ادالة الفقير إلى الله  تعالى :
أبو حاسن محمد هزري بن عمرالبلومى تله مڠمبيل اكن صلوات كاملة درڤد،
الشيخ أبو محمد إبراهيم ابن مسران البنجري حفظه الله تعالى ،  اي مڠمبيل درڤد،
الشيخ أبو علي أحمد فهمي بن زمزم البنجري الندوي  المالكي حفظه الله تعالى ، اي مڠمبيل درڤد،
أبوي السيد الحبيب محمد علوي المالكي  الحسني رحمه الله تعالى، اي مڠمبيل درڤد ايهڽ ،
السيد الحبيب علوي بن عباس المالكي الحسني رحمه الله تعالى اي مڠمبيل درڤد،
الإمام سيدي أحمد الشريف المجاهد رحمه الله تعالى، اي مڠمبيل درڤد ايهڽ ،
الإمام سيدي محمد الشريف المهدي السنوسي رحمه الله تعالى، اي مڠمبيل درڤد ايهڽ ،
الإمام السيد محمد بن علي السنوسي رحمه الله تعالى اي مڠمبيل درڤد،
 الإمام السيد  أحمد بن إدريس صاحب الطريقة الإدريسية رحمه الله تعالى اي مڠمبيل درڤد،
الإمام السيد أبي المواهب التازي رحمه الله تعالى  صاحب الصلوات.

  دان صلواتڽ إياله :

  

KELEBIHAN BEKAM SUNNAH

Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20. Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)

Hadis Kedua: Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'. (Shahih Bukhari)

Hadis Ketiga: Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)

Hadis Keempat: Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata: "Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)

Khamis, 11 Julai 2013

GURU KAMI DALAM ILMU BEKAM SUNNAH

Sohibul Fadhilah Tuan Guru al-Ustaz as-Syeikh Haji Muhammad Rajab Akmal bin al-‘Allamah al-Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin bin Haji Che Mat bin Haji ‘Ain bin Haji Awwal al-Idrisi al-Ahmadi, dilahirkan pada 26 April 1984 bersamaan 26 Rejab 1404 Hijriyah pada hari Khamis di Hospital Lundu Sarawak dan dibesarkan di Melaka. Anak kelahiran Sarawak ini mendapat pendidikan awal daripada kedua orang tuanya iaitu ayahandanya al-Fadhil al-‘Allamah al-Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin dan ibundanya al-Fadhilah Ustazah Hajjah Zaleha binti al-‘Allamah al-Imam Haji Mohd Nor al-Ahmadi.