Rasulullah SAW telah lama mengajarkan
kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang
lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar
biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20. Ia juga adalah salah satu
cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat
Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.
Diriwayatkan dalam Shahih
Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW
bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum
madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak
menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih
Bukhari)
Hadis Kedua: Dari Jabir Bin
Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika
ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan
alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada
penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'. (Shahih Bukhari)
Hadis Ketiga: Dalam riwayat
Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di
hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan,
kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar
berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)
Hadis Keempat: Tirmidzi
meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata: "Rasulullah
SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan,
bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali
mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad,
Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."
Ahmad juga meriwayatkan dalam
musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan
yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadis
Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling
ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan
Muslim)
Berdasarkan hadis-hadis di atas
jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW.
Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit.
Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas
kunjungan Nabi SAW. Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat
yang berbakti kepada 'penghulu manusia' pada malam yang diberkati.
Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang
Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan
yang langsung turun dari langit ini!
Jelasnya, bekam adalah
pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan
mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk
membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan
seseorang. "Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di
Greek dan dan di Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit
kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut.
"Pada zaman Nabi Musa, bekam turut digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit," jelasnya.
Bekam
adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan
para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang
paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan
(preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman
Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk. ( Sumber:
ZUARIDA MOHYIN, berita harian, mac 2010)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan