Khamis, 20 Februari 2014
MENUMPANG KEBERKAHAN MASYAIKH AL MUHAMMADIYYAH AL IDRISIYYAH
Alhamdulillah, pertama-pertama hamba ucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan Taufiq dan InayahNya hamba dapat hadir ke majlis penuh keberkatan ini. Majlis zikir, sholawat dan ditalqinkan zikir oleh Sayyidi Musthapa bin Idris Al Idrisi Al Hasani. Terima kasih diucapkan kepada Syeikh Muhammad Rajab Akmal Abdul Halim kerana mengetahui keadaaan kami. Di sebelah kiri saya adalah sahabat yang dikasihi Ustaz Mohd Zaki Din Al Ansari.
Selasa, 18 Februari 2014
PENGALAMAN PELANGGAN TERAPI BEKAM YANG TIBA-TIBA PENGSAN.
Pada hari
isnin 17 Februari 2014, satu pengalaman baru telah saya perolehi ketika saya
membekam pelanggan saya yang baru pertama kali ingin mencuba terapi bekam.
Pada
mulanya semua berjalan lancar, selepas di buat sedikit pertanyaan dan cadangan,
pelanggan bersetuju untuk berbekam sebanyak 5 point.
Setelah
dikenalpasti titik-titik terpilih, saya pun memulakan proses sedut bekam
angin.Ketika disedut, pelanggan tidak menunjukkan sebarang tanda yang beliau
akan pengsan.
Setelah
lebih kurang 4 minit berlalu, saya pun memulakan proses mencucuk dengan jarum
untuk proses terapi bekam darah kepada pelanggan saya ini. Selesai sahaja
dicucuk di titik Kahil,beliau tiba-tiba terus jatuh pengsan.
Langgan:
Catatan (Atom)