Pada hari
isnin 17 Februari 2014, satu pengalaman baru telah saya perolehi ketika saya
membekam pelanggan saya yang baru pertama kali ingin mencuba terapi bekam.
Pada
mulanya semua berjalan lancar, selepas di buat sedikit pertanyaan dan cadangan,
pelanggan bersetuju untuk berbekam sebanyak 5 point.
Setelah
dikenalpasti titik-titik terpilih, saya pun memulakan proses sedut bekam
angin.Ketika disedut, pelanggan tidak menunjukkan sebarang tanda yang beliau
akan pengsan.
Setelah
lebih kurang 4 minit berlalu, saya pun memulakan proses mencucuk dengan jarum
untuk proses terapi bekam darah kepada pelanggan saya ini. Selesai sahaja
dicucuk di titik Kahil,beliau tiba-tiba terus jatuh pengsan.
Dan perkara
ini merupakan antara detik cemas bagi saya kerana saya tidak pernah menghadapi
situasi sebegini sebelum ini. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT
kerana mengingatkan saya kepada pesanan Syeikh saya ( Syeikh Wan Asrul) supaya
jangan panik bila ada pelanggan yang tiba-tiba pitam. Dan pesannya agar menekan
perut orang yang pitam secara berterusan.
Alhamdulillah.selepas
ditekan perut pelanggan tersebut bertubi dan akhirnya dia mula sedarkan diri.
Selepas diselidiki antara puncanya ialah ada masalah jantung peringkat awal kerana
selalu mandi lewat malam dengan air sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan