Antara kitab yang saya temui semasa di
Pesta Buku Antarabangsa 2012 tempoh hari ialah kitab Kasyf al-Labs ‘an
Hadith Wad‘ al-Yad ‘ala al-Ra’s oleh Imam al-‘Allamah al-Sayyid Muhammad
‘Abd al-Hayy al-Kattani (w. 1382H) berkenaan hadis meletak tangan kanan di
kepala ketika membaca tiga ayat
terakhir Surah al-Hasyr.
Pemerolehan kitab tersebut pastinya sangat
menggembirakan kerana ia membantu mengukuhkan lagi akan kaifiat amalan yang
terdapat dalam Wazifah Zarruqiyyah.
Wazifah Zarruqiyyah susunan Imam Ahmad Zarruq al-Syazili (w. 899H)
adalah konsep wirid asal bagi amalan al-Ma’thurat yang dimasyhurkan oleh
Imam Hasan al-Banna.
Ini
kerana di antara awrad Wazifah Zarruqiyyah ialah membaca tiga ayat
terakhir Surah al-Hasyr, dan Imam Zarruq menyebutkan:
وهو واضع يده اليمنى على رأسه.
((Sambil ia meletakkan
tangan kanannya di kepala)) yakni pada membaca ketiga-tiga ayat tersebut. Namun, kaifiat ini ditiadakan dalam amalan al-Ma’thurat
Imam Hasan al-Banna.
Ia sebenarnya
merujuk kepada sebuah hadis yang diriwayatkan dari Sayyiduna ‘Abdullah bin
Mas‘ud RA dan juga Sayyiduna ‘Ali bin Abi Talib RA. Hadis ‘Abdullah bin Mas‘ud
RA direkodkan oleh Abu Nu‘aym, al-Khatib, al-Daylami, Ibn al-Taylasan, dan
lain-lain. Manakala hadis ‘Ali bin Abi Talib RA direkodkan oleh al-Daylami
sahaja. Sila lihat takhrij dan kupasan tentangnya secara detil dalam kitab Kasyf
al-Labs ‘an Hadith Wad‘ al-Yad ‘ala al-Ra’s.
Matan hadisnya ialah:
عن علقمة والأسود: قرأنا على عبد الله
بن مسعود، فلما انتهينا إلى خاتمة سورة الحشر قال: ضعا أيديكما على رؤوسكما فإني
قرأت على النبي صلى الله عليه و سلم فلما بلغت هذه الآية قال: ضع يدك على رأسك
فإن جبريل عليه السلام لما نزل بها علي قال لي: ضع يدك على رأسك فإنها شفاء من كل
داء إلا السام، وهو الموت.
Terjemahan:
Dari Alqamah dan al-Aswad: Kami membaca al-Quran kepada ‘Abdullah bin
Mas‘ud RA, lalu tatkala kami sampai di penutup Surah al-Hasyr, beliau berkata:
Letakkan tangan kamu berdua di kepala kamu, sesungguhnya aku pernah membaca
kepada Nabi SAW, maka ketika aku sampai pada ayat ini baginda bersabda: “Letakkan
tangan kamu di kepala kamu, sesungguhnya Jibril AS ketika menurunkannya
kepadaku beliau berkata kepadaku: Letakkan tangan kamu di kepala kamu,
sesungguhnya ia adalah penawar dari segala penyakit kecuali mati”.
Ayatnya:
Ayatnya:
Dengan perbahasan yang panjang, al-Sayyid Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Kattani
merumuskan bahawa hadis ini bukan palsu sepertimana dakwaan al-Hafiz al-Zahabi. Ia masih
dapat diamalkan dalam bab fadha’il amal sekurang-kurangnya.
Imam al-Sayyid Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Kattani turut menyabitkan ramai alim
ulama yang mengamalkan hadis ini.
Guru kepada guru
kami, Mawlana Syeikh al-Imam Muhammad Khalil al-Khatib al-Tantawi ketika mentakhrijkan hadis ini
dalam Ithaf al-Akhyar hanya menyandarkannya kepada Imam al-‘Allamah
al-Qawuqji (w. 1305H). Jika beliau melihat kitab ini pastinya beliau akan merasa amat
gembira.
http://sawanih.blogspot.com/2012/05/kaifiat-membaca-penutup-surah-al-hasyr.html
Nota Tambahan : Alhamdulillah, ayat ini dengan anugerah Allah SWT sangat berkesan untuk dibacakan kepada pesakit gangguan makhluk halus dan sebagai. Dan saya telah menerima ijazah Musalsal membaca ayat ini drp Syeikh Muhammad Husni Ginting dan Syeikh Ahmad Jamhuri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan